Resipi : Ikan Kembong Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum akhi wa ukhti sekalian! Hihi ^^

    How's this weekend treating you? *ewah. Saya sihat Alhamdulilillah. Tujuan saya meng-copy surat entry ni sebab nak share satu secret recipe from my sister's blog, Masak Lomak Cili Api style orang Negeri Sembilan. shh, jangan bagitahu orang resepi rahsia 7 keturunan ni tau. lol. Haa tengok tajuk tu ada harapan tak nak masuk masterchef agak-agak? Actually, masak lomak cili api ni guno apo pun buleh yo. Udang, telur itik, daging salai, ketam, ayam dan haiwan-haiwan lain. tapi, kali ni my sister guna ikan kembong perut. Masak lomak cili api ni masakan tradisi family sebelah mak. iyolah, namo pun orang Nismilan (Negeri Sembilan), memanglah kepakaran dia buat gulai ni kan. hihi. Okay, so, here's the recipe: 


Ikan Kembong Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan kembong - siang dan basuh bersih2 ye..
  • Cili api (yang kecik2 tu..baru kick)- yang ni ikut tahap ketahanan lidah dan perut masing2. I letak dlm 40 bijikot..hihi
  • Kunyit hidup - agak2 la..jangan banyak sgt..tak cukup kuning bleh tambah serbuk kunyit.
  • Santan - I guna RM3 (RM2 + RM1) - kalau rajin nak sediakan santan cair & pati santan pun boleh
  • Tomato belah dua - ikut suka nak letak berapa
  • Asam keping
  • Garam

Cara-cara:

1. Kunyah Tumbuk/Blend cili api dan kunyit.
2. Masukkan ke dalam kuali/periuk bersama ikan. Nyalakan api dan biar sampai mendidih atau lebih kurang separuh masak ikannya.
3. Tambah air jika perlu. Terpulang kepada kepekatan yang puan2 nak ye.
4. Masukkan santan yang RM2 td atau santan cair. Biar sebentar sampai mendidih. Time ni kene kacau2 skit kuahnyer tu supaya santan tak berketul. Jangan sampai ikan hancur sudah.
5. Masukkan tomato, garam, asam keping. Then, masukkan santan RM1 atau pati santan. Biar mendidih seketika. Rasa la cukup rasa ke tak. Tmbah la apa yang patot. Matikan api n hidang.

Nota kepala lutut kaki : Instead of letak Tomato, boleh juga letak belimbing comel tu or letak mangga muda. Slrrpp. 

    Haritu kakak saya masak, Ya Allah, nek moyang sodap ehhhhh! sebijik sangat dengan mak and uwan masak. Pekatt! kalau agak-agak tak habis dalam sehari, esok panaskan balik, buat lempeng or cekodok ikan bilis, cicahh. Nikmat gituu kan. haha. Finger lickin' goooood! ^_^

Pekat gila kannnn? :D 
    Kepada orang orang di sawah luar sana, kalau tak tahu weekend nak masak apa kan, cubalah resepi ni untuk kenikmatan yang tidak terhingga. Dan hari minggu anda pasti akan lebih bermakna. haha. Selamat Mencuba!

Credit to : Puan Farahanis

7 comments:

  1. Salam. Step #2: Memang campak cili, kunyit & ikan semata2 ke? Tak melekat kat periuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan nyalakan api lagi. letak semua tu + air, baru nyalakan api :) dah mendidih sikit baru letak santan and tomato ke apa ke.

      Delete
  2. Rasa musykil nak ikut resepi ni.. bahan bahan lain tak payah ke?? Sy ni dahlah tau bawang jer

    ReplyDelete
  3. Nie masak cara negeri sembilan sis, nie original rasa masak lemak cili api..
    Saya kampung perak. Suami orang n. Sembilan...
    Mak mertua ajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lauk kegemaran saya..resepi nogori mmg simple..tp....sodap merecik hawau..hahaha

      Delete
  4. kalau bt msk lomak cili api ikan letak serai tu,mmg bukan original nogori la..yg ni mmg original nogori..omak den ajr pun cani..

    ReplyDelete
  5. kalau bt msk lomak cili api ikan letak serai tu,mmg bukan original nogori la..yg ni mmg original nogori..omak den ajr pun cani..

    ReplyDelete