Pre-Raya Kot?

Assalamualaikum makhluk bumi! 
 *short entry...maybe?*

   Hye. Taktahu nak post apa, dari sahur pikir ( k tipu) last-last dapatlah idea. Maklumlah kite ni fikiran tak kreatippp. Dulu ingatkan Sekolah je ada "pre", sekarang raya pun ada "pre" lol. Actually, Khamis lepas masa malam ( Apesal ko tak cakap Malam Jumaat je kan senang?) sekolah kitorang ada buat Majlis Iftar & Khatam Al-Quran untuk siapa yg masuk Tadarrus sepanjang Ramadhan ni. Tahun ni penyertaan paling ramai! Alhamdulillah. 
   
   Nak dijadikan cerita, kitorang pun pergilah petang tu pukul 6-10pm. Masa berbuka makan kurma sahaja dulu, then solat Maghrib lepastu baru makan berat-berat. Yang kawan-kawan aku yang lain ni bajet ayu lah pulak ambik kurma seketul je. aku ambik banyak. Then diorang nak gelak-gelak lah kan sebab aku ambik banyak kannnn. Tetiba tengah syok aku menikmati kurma, terdengar suara "Hmm, nak lagi lah kurmaa~" dalam hati aku "kau dah kenapa tulah gelak kat aku, jangan harap aku nak bagi" hahaha LOL. okayy, solat Maghrib berjemaah then makan Nasi Briyani, Ayam Merah. ya Allah sedapnya. tapi tulah, terpaksa makan bawah pokok, pukul 8 malam, tak ada bumbung, dalam gelap sebab kantin penuh. Aku bukan apa, risau lah takut cicak ke biawak ke masuk dalam pinggan. Nanti ingatkan orang kantin masak daging tak empuk kan, padahal..... 
     
    After kenyang, Solat Isyak berjemaah & Terawih berjemaah. Kawan-kawan pergi mana entah and bawak lari handphone aku sekali pulak tu, Diorang sakit perempuan....... datang untuk memeriahkan suasana majlis je. haha. Ingatkan lepas Terawih apa semua tu, nak buat video "Pre-Raya" tau. Tapi.. ada seorang Hamba Allah yang comel sanggggat ni kan, kelam kabut nak balik cepat sebab nanti """rumah dia hilang tau kalau dia balik lambat""" LOL! So tak jadi lah and gelap pulak tu sampai flash camera pun tak membantu. Dan keesokan harinya pula bercadang nak qada' lah video pre-raya, nak buat kat tusyen and yes..... Hamba Allah yang tadi tu kan, yang comel sangat tu kan, kelam kabut nak balik sebab nanti tak jumpa jalan balik kalau lambat seminit :) So, tak jadi lagi. Pasghah jelah. And yang ada hanyalah... pic yang boleh lah consider as pre-raya! Scroll down cecomellss sekalian!

 
From left: Nabilah, Ermiera, Najiha (Hamba Allah yg i mentioned), Saya, Suraya, Sulyani.

Gambar tengah-tengah and bawah kiri, semua mengada snap pic masa aku takde! :p

Nabilah & me. 

Okay itu sahajalah untuk kali ni, kita jumpa lepas Raya yang betul-betul punya okay? Kalau siapa yang nak menyumbang duit raya, sumbangan boleh dibuat melalui nombor akaun yang tertera di skrin korang. kalau tak ada, itu bukan masalah saya, skrin korang rosak lahtu. Haha. Selamat Hari Raya mohon Maaf Zahir & Batin kepada seluruh Umat Islam yang berpuasa sahaja. lol. Assalamualaikum byebye! Eh jap, one more pic sebab geram sangat dengan pipi dia macam bulat-bulat lepastu boleh penyek-penyekkan!


Muhammad Ilman Naufal, nephew yang terbaru. *4 month*




    

1 comment: