"Couple" Masa Sekolah.

Assalamualaikum, Salam Jumaat,
Salam Saiyidul Ayyam!

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ni, nak share lah satu topic sikit. So, jom, let's begin! :)

    Couple masa sekolah? wahh tajuk ni kalau buat film mesti pecah panggung kan :p Okayy, nak tanya satu soalan, perlu ke couple masa sekolah? apa? kuat sikit? *hulur microphone* yaa, 9/10 orang akan jawab tak perlu! Antara sebab-sebabnya ialah *wah dah macam buat karangan rumusan* cinta masa sekolah ni cinta monyet je. tahu cinta monyet? nama manja dia, cinta lompat-lompat. dah habis makan buah kat pokok ni, pergi pokok lain pulak. lebih kurang macamtu lah kan. Saya tahu dan saya sendiri lihat, zaman remaja ni lah, nafsu tengah membuak-buak betul tak? So, think wisely lah, kita pun orang Islam kan, jangan ikutkan nafsu. kelaut perginya nanti. kalau dapat ikan ke ketam ke tak apa jugaaaaa. haha. I admit it, saya pun pernah lah "couple" ni kan, and i think, sangat serabut sebab kena balance kan study apa semua. and Alhamdulillah, Allah bagi saya kesedaran, i made a decision to forget all this crap :) Bersyukur sangat.

    Sebahagian besar, students sekolah menengah dah ber-"couple" kan? dan niat saya bukanlah nak merosakkan hubungan orang, cuma, hmm sangatlah rugi couple masa sekolah. Kesian tau parents, family kita bagi harapan tinggi kat kita suruh belajar pandai-pandai. and apa yang kita buat bila di sekolah? Teringat boyfriend/girlfriend/gewe  blok sebelah, dekat facebook etc. Adik-adik sekolah rendah pun dah ada yang ada couple. aiyaa adik, you belum mencapai puberty lagi tau adik, hingus pun mak yang hembuskan. Forget about it okay adik-adik? UPSR nak dekat tu. kehkeh. Lelaki yang kita cintai itu belum tentu masa depannya kan? Masih bersekolah lagi, tahu nak main tuju selipar, FIFA, Angry Birds je. haha. Benda akan datang, apa yang terjadi kita tak tahu. Berserah semuanya kepada Allah. jika Allah kata dia, dia lah. Jika Allah kata bukan, lama mana pun kita couple, akhiranya akan musnah juga :) Lebih baik kita tumpu perhatian sepenuhnya dengan pelajaran. Nanti barulah boleh dapat kerja yang baik, yang boleh menyara hidup. Masa itu nanti, tak perlu sibuk-sibuk nak cari boyfriend, girlfriend, gewe. Dia akan datang dengan sendiri dengan Izin Allah, bila tiba waktunya. Assobaru Minal Imaan. Sabar itu separuh daripada Imaan. Tiada istilah "Forever Alone" Allah sentiasa bersama kita semasa susah dan senang. cuma kita sahaja yang selalu lupa Dia. Ada seorang "Pemuda" ni dia kata "tak perlu sakit kepala fikir benda lain, jangan jealous org lain dah ada couple, sebab perempuan lebih cepat matang dari lelaki, lelaki masa sekolah fikir nak suka-suka je, perempuan dah anggap serious" Kan? thanks for the advice encik Jepun :) Haha

    Bila dah sayang, apa yang disuruh, semua akan dituruti. Semua diberi, sudah seperti tiada harga diri. Nauzubillahi min zalik. ya Allah, kaum hawa, mana pergi martabat diri, maruah diri kamu? Sayang boyfriend/girlfriend/gewe sampai sanggup turuti perintah diorang. tapi SAYANG ALLAH? semua perintah sudah dituruti? cukupkah amal ibadah kita? Syurgakah tempat kita? Tepuk dada, tanya imaan :) Jangan risau orang kata kita tak laku atau apa, kerana "Benda yang paling berharga selalunya terletak di tempat yang paling tinggi, hanya boleh dicapai oleh orang yang benar-benar layak sahaja, seperti yang sudah tertulis di Luh Mahfuz" Subhanallah.

    Lastly, kalau kita sayangkan seseorang, berdiamlah. dan sebutlah nama dia di dalam doa. Kerana saling doa-mendoai itu sesuatu yang lebih indah jika dibandingkan dengan berdua-duaan. Dan insyaAllah, jika nama dialah yang tertulis di Luh Mahfuz untuk kita, tiada satu makhluk pun yang dapat menghalang. Masih belum terlambat untuk berubah, masih belum terlambat untuk membuat keputusan, pintu taubat masih terbuka luas.

     Allahualam wa Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tegur saya, jika saya silap! Syukran.. Hope entry ni sedikit sebanyak dapat membantu saudara-saudara diluar sana. hihi ^_^



  

No comments:

Post a Comment